Thursday, August 27, 2009

SAVE MONEY AND GET MORE MONEY

LATAR BELAKANG HMEO NETWORK:~
HMEO Network merupakan sebuah syarikat milik Bumiputera Muslim yang didaftarkan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) pada 1 Disember 2008 dengan no.pendaftaran syarikat 001813788-H. HMEO Network adalah nama singkatan atau akronim bagi perkataan HELP MUSLIM EACH OTHER (HMEO).
HMEO Network telah dibuat kajian selama hampir 13tahun oleh pengasasnya ENCIK IRWAN BIN ALIAS sebelum membuat pendaftaran secara sah. HMEO network sebenarnya hanya menyediakan satu sistem yang mana semua ahli dan juga usahawan yang berada dibawah naungannya menggunakan satu modul yang dikenali sebagai "Pelan Pemasaran INFAK 261". HMEO Network menggunakan Modal Insan dan tidak sesekali mengenakan sebarang kutipan bayaran daripada ahli seperti yuran pendaftaran dan juga tidak akan membuat sebarang pembayaran kepada ahli dengan erti kata lain sebagai pembayaran keuntungan.


MATLAMAT HMEO NETWORK:~


HMEO Network merupakan sebuah syarikat berteraskan ilmu pengetahuan dan matlamat kami adalah untuk menyalurkan maklumat berupa ilmu pengetahuan tentang kaedah dan cara berniaga yang betul, cepat dan selamat. Hari ini, HMEO Network bukan mencari peluang perniagaan baru atau pun mencari peluang pasaran baru tetapi ia menggunakan satu sistem yang mampu untuk mempertingkatkan ekonomi Bumiputera. Bersandarkan prinsip yang luhur dan murni pihak syarikat mensasarkan untuk melahirkan usahawan yang mana ahli HMEO Network menjana pendapatan sekurang-kurangnya 5 angka sebulan secara PASIF(tetap) setiap bulan di bawah 12 bulan pertama tanpa perlu pergi menjual dan mengeluarkan modal tunai perniagaan.

 
MISI:~

Misi utama HMEO Network ialah Mengukuhkan Pengurusan Kewangan & Penyediaan Pengurusan Risiko melalui tiga Jihad utama iaitu Jihad Menjamin Pendapatan DIRI, Jihad Meningkatkan Ekonomi DIRI, dan Jihad Membantu Sesama Muslim & Ummah.

VISI:~
Visi Utama HMEO Network pula ialah ingin melatih dan melahirkan bakal-bakal usahawan Bumiputera Muslim untuk tidak bergantung kepada pinjaman perniagaan sehingga tidak mampu membayar balik pinjaman. HMEO Network mendidik dan melahirkan usahawan yang mampu menjana sendiri sumber kewangan yang berterusan dan serta belajar menyediakan pelan pemasaran perniagaan melalui HMEO Holding agar tidak wujud masalah kegagalan dalam perniagaan secara percuma.
OBJEKTIF HMEO NETWORK:~
1) Mewujudkan label Islamik melalui HMEO Network di seluruh kawasan dan negeri di Malaysia.
2) Mewujudkan platform rangkaian perniagaan bumiputeramuslim di bawah satu label islamik melalui HMEO Network.

3) Menguasai pasaran bumiputera muslim dan menjana ekonomi ummah serta berurusniaga sendiri.

4) Memaksimakan penggunaan dan penggabungan modal insan dan kuasa berbelanja seluruh ummah bumiputera muslim di Malaysia yang dianggarkan seramai 14 juta orang.

5) Memanipulasi ekonomi Sosialis dan Kapitalis sedia ada dengan mempraktikkan sistem HMEO Network berteraskan ekonomi Islam yang mapan serta mampu menghadapi tribulasi ekonomi global dalam urusniaga harian.

6) Memulakan langkah berdikari dari kelompok akar umbi sehingga ke peringkat kelompok atasan dengan membentuk asas perjuangan jihad ekonomi yang kukuh serta berdaya saing untuk jangka masa panjang.

7) Mendidik dan membuat anjakan paradigma cara berfikir anak bangsa bumiputera muslim agar tidak leka dan memahami peri pentingnya bidang ekonomi kepada diri sendiri dan ummah.

8) Menyelamatkan Ketuanan Melayu yang menjadi hak mutlak ummah Melayu Muslim agar generasi akan datang tidak terpinggir di negara sendiri.

9) Membina Kepimpinan Bumiputera Muslim agar dapat berusaha dan berdiri di atas kaki sendiri dengan tidak mengharapkan semata-mata bantuan kerajaan.

10) Membina dan memupuk keharmonian dan menghormati hak bangsa dan agama lain sebagai makhluk ALLAH S.W.T.

11) Menyatupadukan umat Islam di Malaysia dengan mengenepikan idealogi politik yang makin memecah-belahkan bangsa.

12) Menegak, menjaga serta memartabatkan Agama Islam dan Bangsa Melayu dengan menggunakan kaedah dan pelaksanaan jihad dalam perjuangan membina kekuatan ekonomi.

13) Perjuangan ini bukan hanya untuk kejayaan diri semata-mata tetapi merupakan ibadah bagi semua umat MELAYU ISLAM untuk pulang semula ke Jalan Agama dengan tidak mementingkan keduniaan semata-mata.

14) Menyediakan peluang Pekerjaan & Perniagaan kepada Siswazah yang menganggur @ atau mereka yang ingin mendapat pendapatan lebih agar dapat menjaminkan lagi masa depan mereka dan keluarga.

PELAN PEMASARAN INFAK 261:~

Falsafah perniagaan kami adalah berdasarkan ayat Al-Qur'an, Surah Al-Baqarah ayat 261 yang bermaksud:-

" Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya kepada jalan ALLAH ialah sama seperti sebiji benih yang menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), ALLAH akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNYA, dan ALLAH Maha Luas (Rahmat) kurniaNYA, lagi meliputi ilmu pengetahuanNYA. "

PRODUK:~

Gabungan Modal Insan Bumiputera Muslim dan Penjanaan Sumber Pendapatan Kewangan menjurus ke arah merealisasikan surah Al-Baqarah ayat 240 yang membawa pengertian seperti berikut:-


" Dan orang-orang yang (hampir) mati di antara kamu serta meninggalkan isteri, hendaklah berwasiat untuk isteri-isteri mereka, iaitu diberikan nafkah saguhati(makan pakai dan tempat tinggal) hingga setahun lamanya, dengan tidak disuruh pindah dari tempat tinggalnya. Kemudian jika mereka keluar(dari tempat tinggalnya dengan kehendak sendiri) maka tidaklah kamu bersalah (wahai wali waris si mati) mengenai apa yang mereka (isteri-isteri itu) lakukan pada diri mereka dari perkara yang patut (yang tidak dilarang Syara') itu. Dan (ingatlah), Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana ".
MAKLUMAN:~

HMEO Network merupakan satu kaedah perniagaan yang 100% tidak sama dengan sistem yang ada hari ini seperti MLM, Perniagaan Internet, Pelaburan Skim Cepat Kaya, Ejen Insuran, Sistem Binari, Sistem Piramid atau apa sahaja sistem yang wujud pada hari ini. Dengan ini, sistem HMEO Network bolehlah di anggap yang pertama di Malaysia dan tidak mustahil juga yang pertama di dunia. Apa yang HMEO Network lakukan hari ini adalah Jihad Ekonomi Muslim di bawah satu Label Islamik yang tidak ada agenda-agenda tersembunyi seperti politik, persatuan dan sebagainya.

"KATA-KATA PENGASAS"

HMEO Network
Bangsa Melayu Islam perlu PERKASA EKONOMI dengan membina & menguasai pasaran EKONOMI MELAYU pada hari ini dan esok hari. Bukan bergelar MELAYU LAYU dalam bidang ekonomi. Jika tidak generasi akan datang makin tertindas dan terjual di atas tanah tumpah darah sendiri. Menyatukan Ukhwah MODAL INSAN adalah kunci kepada kejayaan Ekonomi Melayu Islam pada masa hadapan. Jihad Ekonomi ini memerlukan SISTEM PINTAR yang mana ia bukan semata-mata dengan kata-kata dan usaha sahaja. Perjuangan ini bukan hanya untuk kejayaan diri semata-mata tetapi ianya juga merupakan ibadah untuk semua umat MELAYU ISLAM untuk pulang semula ke Jalan Agama dengan tidak mementingkan keduniaan semata-mata.

Kejayaan HMEO Network hari ini ialah dengan melaksanakan Formula:~

MODAL INSAN
(Bumiputera ISLAM)
+
SISTEM PINTAR
(HMEO Network)
=
PERKASA EKONOMI

IRWAN BIN ALIAS

Anda boleh melayari www.hmeonetwork.com .
Sila Hubungi:-
Saudara Mohd Nasharuddin Ismail,
H/Phone Number:- 014-8210787 / 012-9880245
Email :-nashah_007@yahoo.com.my

Port Dickson Power Bhd,Port Dickson.


Rakan-rakan seperjuangan di HMEO:~
1) Redza - 019-3555153

2) Hakeem - 0193568408

3) Hafeez - 017-2607318

4) Asr - 0174050540

5) Mohd Shahril (Leader JB,Jhr) - 012-6423725

6) Shahrul Zamri - 016-2315315

7) Azizul Hakim - 019-3137268

8) Noraini - 016-3414430

9) Mohd Hafiz - 017-6872067

10) Ery - 012-5940824

11) Azrul - 019-4477779

12) Fariz (Leader Btwh,Penang) - 013-4523896

13) Anas - 019-6587979

14) Razali - 016-4233779

15) Masliawati (Leader Muar,Jhr)- 012-2290374

16) Abdullah - 013-4886108

17) Khir Johari - 012-2140937

18) Zul UiTM -013-4037308
 
 

JIHAD EKONOMI MUSLIM

Marilah kita sama-sama membina kembali ekonomi muslim.



Menuju ke arah muslim yang lebih berjaya dalam semua bidang.


Membantu saudara kita bersama-sama.


Ukhuwwah Islamiyyah.


Jika ukhuwwah Islamiyyah itu benar-benar dapat digilapkan sehingga ke peringkat penghayatan dalam bidang ekonomi, umat Islam mempunyai potensi menjadi umat yang berdikari dan mempunyai jatidiri dalam ekonomi. Ekonomi adalah senjata baru yang mempunyai pengaruh yang besar dalam mencaturkan kejatuhan dan kebangkitan sesuatu bangsa. Perjuangan menegakkan ekonomi yang bersifat membina kekuatan umat adalah tanggungjawab setiap muslim di zaman ini